Kementerian Kesihatan melaporkan, bagi 239 kes Influenza A H1N1 yang disahkan sehingga kelmarin, seramai 128 kes Influenza A H1N1 pula telah menamatkan rawatan perubatan mereka atau dibenarkan pulang daripada hospital sejak jangkitan itu dikesan di negara ini. Manakala. seramai 774 kontak terdekat pesakit-pesakit Influenza A H1N1 telah menamatkan tempoh kurantin. Bagi 111 kes yang masih menjalani rawatan pula, hanya 11 orang masih dirawat di wad pengasingan biasa di hospital-hospital kerajaan manakala selebihnya sedang menjalani rawatan di rumah masing-masing atau di pusat-pusat kurantin.
Dalam pada itu, sehingga jam 4 petang tadi, Kementerian Kesihatan belum mengesahkan kes baru Influenza A H1N1.
Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang ramai bahawa walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) sejauh ini didapati tidak begitu teruk, ia boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk bagi wanit-wanita mengandung atau pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti:
• penyakit paru-paru kronik
• penyakit jantung kronik
• penyakit buah pinggang kronik
• penyakit hati kronik
• penyakit neurologikal kronik
• kurang daya imuniti dan
• penyakit kencing manis
Oleh yang demikian, kerjasama orang ramai khususnya mereka yang melawat pesakit di hospital adalah sangat-sangat diharapkan untuk sama-sama mencegah jangkitan itu dari merebak kepada pesakit-pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital. Orang ramai adalah diingatkan untuk mematuhi peraturan melawat pesakit di hospital-hospital kerajaan iaitu:
• Melawat pada masa yang ditetapkan sahaja.
• Menghadkan 2 pelawat bagi setiap pesakit.
• Tidak membawa kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah untuk melawat pesakit di hospital.
• Memakai penutup muka (“mask”) jika melawat ke hospital.
Mereka yang baru kembali dari luar negara adalah juga dinasihatkan untuk tidak melawat pesakit di hospital dalam masa tujuh hari pertama selepas ketibaan mereka. Nasihat yang sama adalah juga diberikan kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit influenza.
Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 8220991 di luar waktu berkerja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan