23 Jun 2009

Renungan bersama buii

1. Apakah Influenza A (H1N1)?
Infl uenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit
pernafasan yang berlaku di kalangan khinzir. Virus
Infl uenza A (H1N1) boleh merebak antara khinzir
sepanjang tahun tetapi ianya selalu berlaku ketika
akhir musim luruh dan musim sejuk sama seperti
wabak selesema manusia. Ianya menyebabkan kadar
penyakit yang tinggi tetapi paras kematian rendah di
kalangan khinzir.


2. Adakah Infl uenza A (H1N1) ini menjejaskan
manusia?

Virus Infl uenza A (H1N1) yang menyebabkan
penyakit di kalangan khinzir ini jarang sekali
menjangkiti manusia. Walau bagaimanapun,
jangkitan terhadap manusia pernah berlaku melalui
pendedahan secara langsung dengan khinzir, tetapi
terdapat juga kes yang dicatatkan yang jangkitan
Infl uenza A (H1N1) boleh berlaku di antara manusia
ke manusia.


3. Bagaimana Infl uenza A (H1N1) menjangkiti
kepada manusia?
Infl uenza A (H1N1) menjangkiti manusia secara
sentuhan dengan khinzir yang telah dijangkiti, di
mana khinzir tersebut menghasilkan virus di dalam
air liur, cecair hidung dan najis. Jangkitan dari
manusia ke manusia yang terhad juga berlaku sama
seperti fl u biasa.


4. Dapatkah manusia menjangkiti Infl uenza A
(H1N1) melalui memakan daging khinzir?

Sejauh ini belum ada bukti yang menjelaskan bahawa
Infl uenza A (H1N1) boleh menjangkiti kepada
manusia melalui memakan daging khinzir atau
produknya yang sudah dimasak dengan sempurna.


5. Apakah simptom-simptom Infl uenza A (H1N1)
dikalangan manusia?

- Simptom Infl uenza A (H1N1) adalah serupa
dengan simptom fl u biasa yang berlaku di kalangan
manusia secara bermusim. Simptom-simptom awal
termasuk demam panas, batuk, selesema, sakit tekak,
dan kadang kala sesak nafas beberapa hari kemudian.


6. Bagaimana Infl uenza A (H1N1) di kalangan
manusia dikenalpasti?
Untuk mengenal pasti Infl uenza A (H1N1) , specimen
cecair pernafasan (selalunya dari rongga hidung)
diambil dalam masa 4 ke 5 hari semasa demam (waktu
di mana orang yang dijangkiti menghasilkan virus).
Walau bagaimanapun, sesetengah orang, terutama
kanak-kanak, akan menghasilkan virus dalam masa 10
hari atau lebih.


7. Apakah jenis ubat yang dapat merawat Infl uenza
A (H1N1) di kalangan manusia?

Virus Infl uenza A (H1N1) yang telah dikenalpasti di
kalangan manusia mempunyai rintangan (‘resistance’)
terhadap dua jenis ubat fl u iaitu amantadine dan
rimantadine. Walau bagaimanapun ia boleh dirawat
dengan dua ubat yang terdapat di Negara Brunei
Darussalam, iaitu oseltamivir (Tamifl u) dan zanamivir
(Relenza).


8. Adakah terdapat kes Infl uenza A (H1N1) di
Negara Brunei Darussalam?

Sejauh ini tiada kes Infl uenza A (H1N1) dilaporkan di
Negara Brunei Darussalam. (6 urg udah kna laporkan buii)


9. Negara Brunei Darussalam tidak mempunyai
ladang khinzir. Adakah itu bermakna kita tidak
akan terjejas?
Wabak di Mexico dan di Amerika Syarikat telah
menunjukkan bahawa jangkitan di kalangan manusia
telah berlaku dan kebanyakkan kes adalah terdiri
daripada mereka yang TIDAK terdedah melalui
sentuhan dengan khinzir. Oleh itu, ada kemungkinan
yang virus berkenaan boleh memasuki Negara Brunei
Darussalam melalui pengembara/pengunjung ke
Negara ini. Kementerian Kesihatan sentiasa memantau
situasi dengan rapi dan akan memaklumkan kepada
orang ramai mengenai sebarang perkembangan baru.


10. Apakah l a n g k a h - l a n g k a h K e m enterian
Kesihatan bagi memastikan wabak tersebut
tidak merebak ke Negara ini?
Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan
sistem pengawasan penyakit yang teratur
dan komprehensif bagi pengesanan awal kes
infl uenza baru seperti Infl uenza A (H1N1) di
kalangan manusia. Selain itu, ke semua hospitalhospital
dan pusat-pusat kesihatan adalah dalam
keadaan bersiap siaga bagi sebarang kes yang
disyaki. Apabila perlu, Kementerian Kesihatan
akan meningkatkan langkah-langkah kesihatan
awam seperti menjalankan kuarantin dan
mengeluarkan nasihat-nasihat kesihatan kepada
orang ramai. Pemeriksaan suhu badan bagi semua
pengembara diteruskan di Lapangan Terbang
Antarabangsa Brunei dan juga pos kawalan serta
mengisikan Borang Deklarasi Kesihatan bagi
semua penumpang sebaik sahaja tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Brunei dan pos kawalan.


11. Adakah selamat untuk mengunjungi negaranegara
yang mempunyai kes Infl uenza A
(H1N1) dan adakah saya akan dikuarantin
sebaik sahaja pulang? Apakah langkahlangkah
pencegahan yang perlu diambil oleh
mereka yang membuat perjalanan?

Buat masa ini tidak ada sebarang tegahan atau
nasihat kuarantin oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia mengenai Infl uenza A (H1N1). Namun,
Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya
menangguhkan perjalanan ke negara-negara
yang terjejas. Jika awda perlu pergi ke negaranegara
berkenaan, awda perlu mengambil
langkah-langkah yang dinyatakan di bawah ini
untuk mengurangkan risiko dijangkiti Infl uenza A
(H1N1) :


˛ Elakkan mendampingi orang yang
mempunyai simptom infl uenza (ini termasuk
demam, sakit tekak, batuk, hidung berair)


˛ Elakkan tempat-tempat yang sesak


˛ Pastikan persekitaran dan diri awda dalam
keadaan bersih. Tutup hidung dan mulut
awda dengan tisu atau tangan ketika bersin
atau batuk. Sentiasa mencuci tangan dengan
menggunakan sabun dan air dan ketika ia
dicemari oleh cairan pernafasan seperti
selepas bersin.

˛ Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui
permakanan yang seimbang, senaman,
rehat yang cukup, pengurangan stres dan
tidak merokok.

12. Apa yang perlu saya lakukan jika saya
mensyaki diri saya dijangkiti Infl uenza A
(H1N1) sebaik sahaja pulang ke Negara
Brunei Darussalam?

Awda perlu berjumpa dengan doktor seberapa
segera dan memaklumkan kepada doktor jika
awda mempunyai simptom-simptom Infl uenza A
(H1N1) dan telah membuat perjalanan ke negaranegara
di mana adanya kes Infl uenza A (H1N1).
Awda perlu menghubungi Bahagian Kawalan
Penyakit di talian 2382023 bagi tujuan
pemantauan.

13. Apa yang patut saya lakukan jika saya sakit
di luar negera?

Awda perlu berjumpa doktor di negara tersebut
dengan segera dan mengelakkan dari membuat
perjalanan sehingga awda disahkan sihat oleh
doktor.

14. Adakah suntikan vaksin infl uenza boleh
membantu mencegah Infl uenza A (H1N1)?

Pada masa ini tidak ada sebarang suntikan vaksin
untuk melindungi manusia dari Infl uenza A
(H1N1). Suntikan vaksin infl uenza biasa yang
terdapat di Negara Brunei Darussalam tidak dapat
memberi perlindungan terhadap virus Infl uenza
A (H1N1).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan