16 Jun 2009

Isnin, 15 Jun 2009
Fireball B dan LSCB layak ke pusingan kedua
Oleh Hasrulraizan

Antara babak menarik perlawanan Fireball B (merah) dengan EEIM FC (biru) yang berkesudahan 1-0 berpihak kepada Fireball B.



BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Fireball B dan LSCB B dari Kumpulan 'D' menjadi pasukan yang ketujuh dan kelapan layak ke pusingan kedua Kejohanan Futsal Kelab Futsal B.O.W 2009 hari ini.

Enam buah pasukan yang lebih awal mara ialah FC Forza dan TIBB dari Kumpulan 'A', XBT FC dan Kota Junior dari Kumpulan 'B' serta Nover 8 dengan BOW FC dari Kumpulan 'C'.

Dalam perlawanan Kumpulan 'D' yang diadakan petang hari ini, Fireball B mengungguli kumpulan itu dengan 13 mata hasil dari empat kemenangan dan sekali seri, manakala LSCB B layak selaku naib juara kumpulan dengan 7 mata hasil dua kemenangan, sekali seri dan dua kekalahan.

Kesemua perlawanan dalam kejohanan berkenaan diadakan di Dewan Hangar Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya dan telah bermula pada Jumaat, 12 Jun lalu. Kejohanan akan berakhir pada 28 Jun nanti dengan perlawanan-perlawanan pusingan kedua sehinggalah ke perlawanan peringkat akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan