Sabtu/Ahad, 27/28 Jun 2009
Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Dua puluh enam pasukan akan berentap bagi merebut gelaran "Juara" Kejohanan Futsal Kelab Futsal B.O.W 2009 dalam pusingan kedua kejohanan pada Ahad ini (28 Jun) di Dewan Hangar Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR).Kejohanan yang akan bermula pada pukul 2:00 petang itu akan dimulakan dengan perlawanan di antara LSCB 'A' dengan FC FORZA, diikuti pertembungan 212 FC dengan Avalanche FC, kemudian Lougan Myden lawan Pegastar 'B', disusuli Our Team lawan ABDB Futsal dan kemudiannya Mutiara United lawan Fireball 'A'.
Perlawanan ke-6 ialah di antara Friend's Max dengan M FC, kemudiannya Nover 8 lawan Fantastic 5, diikuti XBIZ Futsal lawan TIBB, disusuli BOW FC lawan Tiang FC dan akhirnya pertemuan Redbutterfly FC dengan LSCB 'B'.
Sementara pusingan berikutnya iaitu Perlawanan ke-11 akan menyaksikan Kota Junior menentang pemenang antara LSCB 'A' dengan FC FORZA, manakala Mix United menanti pemenang 212 FC lawan Avalanche FC, sedang Wahwaza Reunion menanti pemenang antara Lougan Myden dengan Pegastar 'B'.
Perlawanan ke-14 adalah antara XBT FC dengan pemenang perlawanan antara Our Team dengan ABDB Futsal, diikuti perlawanan Fireball 'B' dengan pemenang perlawanan antara Mutiara United dan Fireball 'A' dan pusingan ketiga itu disudahi dengan pertembungan Pegastar 'A' dengan pemenang perlawanan antara Friend's Max dengan M FC.
Sehubungan itu penganjur meminta kerjasama daripada semua pengurus pasukan supaya dapat memastikan pasukannya hadir sejam lebih awal daripada bermulanya perlawanan pasukan mereka masing-masing bagi mengelakkan pasukannya dikenakan tindakan "Walk-Over" (Kalah Tanpa Berlawan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan