25 Jun 2009

Bengkel “Kesempurnaan Solat” Sempena Sambutan Majlis Isra’ dan Mi’raj 1430

Anjuran Universiti Brunei Darussalam

Hari Selasa & Rabu
28 & 29 Rejab 1430 / 21 & 22 Julai 2009
Jam 7.45 pagi hingga 12 tengahari & 2.00 petang hingga 4.30 petang
Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam

Isi Kandungan Bengkel:

Mempelajari teori dan praktikal cara berwudhu dan bertayammum yang betul semasa dalam keadaan sihat atau dalam keadaan sakit.
Mengetahui dan menghalusi secara teori dan praktikal cara solat yang betul.
Mempelajari cara-cara solat bagi orang sakit.
Mempelajari hukum-hakam yang berkaitan dengan solat agar dapat meningkatkan kesempurnaan dan penghayatan ibadat solat.

Yuran Pendaftaran
Wakil dari Jabatan Kerajaan atau persendirian – $20.00
Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi – $10.00
Warga Universiti Brunei Darussalam – Percuma
Warga Emas – Percuma

Tarikh tutup penyertaan ialah 4 Julai 2009.

Borang pendaftaran bolehlah diambil dari Pejabat Am, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Brunei Darussalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan