28 Dis 2008

DRAGON SWORD HOLIDAY TOURNAMENT 2008

Setelah iklan mengenai kejohanan Futsal sempena cuti persekolahan 2008 yang di anjurkan oleh Dragod Sword FC di paparkan di mana-mana notice board yang ada di Brunei, Sebahagian pemain Fc Forza berminat untuk mengikutinya untuk mengisi masa terluang di musim cuti semester dan menimba pengalaman . Kejohanan Futsal tersebut telah diadakan pada 12hb lepas sehingga 21hb Disember 2008 yang lepas.

Fc Forza pada ketika itu hanya menghantar sebuah pasukan sahaja kerana kebanyakan pemain-pemainFc Forza yang lain sibuk dalam menguruskan rumah tangga mereka(huhu) ,tinggal jauh dari tempat berlangsungnya kejohanan, belayar shopping di luar negeri dan terpilih mewakili UBD di Malaysia untuk ASEAN University Games bagi acara Futsal. Oleh itu Fc Forza hanya menghantar pemain-pemain yang kurang pengalaman tetapi cukup berbakat. Ini memberi faedah dan hikmah kepada pasukan Fc Forza malah kepada pemain itu sendiri untuk menimba pengalaman dalam mencari rentak permainan yang ideal dan skil tersendiri.

Pemain-pemain yang membarisi pasukan Fc Forza di kejohanan tersebut ialah Izzat,mikie, kayul, zaaim, Naj, Hafiz, Masnazirul dan G,Jun. Pemain-pemain ini beraksi dengan begitu cemerlang dan bermain di luar jangkaan kita walaupun mereka gagal melayakkan diri ke pusingan kedua tetapi corak permainan mereka begitu menakjubkan sekali cuma ketumpulan di bahagian serangan sahaja yang menjadi kelemahan pasukan ini tetapi kesungguhan mereka dalam perlawanan seharusnya kita puji seperti mana nama pasukan kita iaitu 'yang sangat kuat'.

Tahniah pemain-pemain kerana mencuba sedaya upaya dan dapat menimba pengalaman. maju sukan untuk diri sendiri,pasukan dan negara.. Fc Forza!! Fc Forza!! maju!! maju!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan