28 Dis 2008

FUTSAL MINI LEAGUE ANJURAN DRAGON SWORD

Setelah kejohanan sempena cuti persekolahan di anjurkan oleh Dragon Sword yang di menangi oleh pasukan Warriors dari pasukan ABDB pada sebelah pagi 21hb Disember selesai, Dragon Sword mengadakan Mini league untuk 12 pasukan pada sebelah petangnya. Mini league ini sama seperti perlawanan liga yang lain tetapi Mini league ini tidak bermain secara home away cuma bermain sekali sahaja. Jadinya setiap pasukan cuma bermain 11 perlawanan.sesiapa yang berada di tempat diatas dialah yang akan menjuarai mini league tersebut dan memenangi wang sebanyak $50.oo Brunei.

Pada kejohanan ini ,Fc Forza juga menghantar sebuah pasukannya untuk memberi mereka pengalaman dan puas hati dengan pertandingan yang mengadakan 11 perlawanan.bayaran kemasukkan untuk mini league ini sebanyak $25.00.

Fc Forza menghantar pemain-pemain hanya sebanyak 7 orang iaitu Mikie, Izzat , Kayul , Naj ,Dum , Coco dan Gap. Mereka beraksi dengan cemerlang dengan menang perlawanan sebanyak 4 perlawanan , Seri sebanyak 3 perlawanan dan tewas sebanyak 4 perlawanan. mereka mendapat mata sebanyak 15 mata.pasukan ini menduduki tempat di tempat kelima dari 12 pasukan.satu percapaian yang cukup memuaskan dan cukup membanggakan kerana tidak lah terlalu mudah untuk mendapat tempat lima pasukan teratas terbaik,harusnya berusaha terlebih dulu .

Pada pertandingan kali ini serangan Fc Forza tidaklah terlalu tumpul kerana mereka belajar dari pertandingan sebelumnya cuma yang perlu di perbaiki bagi setiap pemain ialah stamina setiap pemain. Ini kerana punca kekalahan bagi perlawanan kali ini pemain berasa keletihan . jika dilihat dari stastik perlawanan Fc Forza menghadapi kekalahan pada perlawanan-perlawanan kemuncak iaitu ketika mana pertandingan hendak sampai ke penghujungnya. Tetapi tidaklah menghampakan bagi kita di dalam keletihan mereka masih berusaha untuk cuba mengawal bola. Tahniah untuk pemain-pemain Fc Forza yang bermain di kejohanan ini.

Fc Forza boleh!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan