25 Dis 2008

MENGIKUTI TOURNAMENT ANJURAN KELAB BOLASEPAK UBD(KBU) PADA FEBRUARI 2OO8

Pada bulan Februari 2008 pasukan Fc Forza telah menghantar pasukannya sebanyak 3 pasukan di kejohanan yang di anjurkan oleh kelab bola sepak UBD(KBU).pasukan-pasukan yang di hantar ialah Fc Forza 'A', Fc Forza 'B' dan Fc Forza 'c'.
Fc Forza 'A di barisi oleh Mansyor selaku ketua pasukan , Fauzai selaku penjaga gol, Aris , Kayul,Fadhli,Najir, Raqib dan Jack. Fc Forza 'B' pula di barisi oleh Mikie selaku ketua pasukan,Ashri selaku penjaga gol, Rahim ,Izzat ,Amil,Dude, Hafiz dan Faiz.
Manakala Fc Forza 'C' di barisi oleh Wali selaku ketua pasukan, Alinoor Bahrin selaku Penjaga gol,Dum , Hadi ,Nik, Zainul,Aimi dan Boy.
Dikejohanan yang di anjurkan KBU ini hanya di bolehkan menghantar 8 org dlm satu pasukan .Oleh itu pasukan Fc Forza menghantar 3 pasukan untuk mewakili pasukan di kejohanan tersebut.
Di kejohanan ini kesemua pasukan yang mewakili Fc Forza memberi aksi yang memberangsangkan dan mampu membuka mata pasukan-pasukan lain dan para penyokong .
Yang paling membanggakan Fc Forza 'A' telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir walaupun telah tumpas di perlawanan akhir itu tetapi berjaya mendapat tempat naib johan.
manakala Fc Forza 'B' pula hanya terhenti setakat quarter Final saja setelah ditumpaskan oleh juara kejohanan tersebut.Itupun cukup membanggakan pasukan Fc Forza kerana bukan senang memasuki lapan pasukan terbaik,harus mengalahi beberapa pasukan yang menyertai yang tidak kurang hebatnya.
Pasukan Fc Forza 'C' pula telah gagal melayakkan diri ke pusingan kedua,hanya terhenti di peringkat kumpulan sahaja kerana saingan sengit berlaku di peringkat kumpulan dan mereka terpaksa berhempas pulas walaubagaimanapun aksi mereka begitu cemerlang dan cukup berpuas hati.
gud luck team next tournaments.hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan