28 Feb 2009

FC Forza "A" Ke Final

FC Forza "A"

Pada hari rabu yang lepas perlawanan separuh akhir dan suku akhir telah dilangsungkan.semua perlawanan berlangsung di kompleks sukan UBD. Di perlawanan itu pasukan Fc Forza "A" telah memenangi perlawanan dan berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Di peringkat separuh akhir Fc Forza "A" memenangi perlawanan dengan menewaskan pasukan M1 " Mana C.Jimmy?" dengan berkeputusan 1-0. Gol Sulung itu di jaringi oleh pak manager Awang mikie dengan membuat sepakan jauh dari tengah.

Selepas itu pasukan Fc Forza"A" menentang pasukan Kami Baju Baru di peringkat suku akhir. Perlawanan itu berkesudahan dengan keputusan 3-0. Gol-gol itu di jaringi oleh Saiful Arisal , Beron dan jaringan sendiri oleh Pijan dari pasukan kami baju baru.

Dengan keputusan itu Fc Forza "A" berjaya melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada malam ini . Mereka akan menentang pasukan KBFK dari KUPUSB yang telah menewaskan pasukan APA yang pernah memenangi pertandingan Futsal anjuran KBU 2 kali berturut-turut di pertandingan lepas dengan berkeputusan 2-1.

23 Feb 2009

Copa Forza


fc forza A akan mneruskan perlawannan futsal anjuran KBU esok mlm iatu 24hb febuari.Di harap pasukan kita ini akan dpt mneruskan perjuangan bagi merebut piala disamping mnaikkn lg nama fc forza.di antara pmain-pmain yg akan bermain esok ialah mansyor,miki,Aris,kayul,beron dan 3 pmain misteri yg diserapkan masuk k dlm pasukan fc forza a..d harap pmain-pmain serta pnyokong-pnyokong fc forza akan dpt dtg bg nyokong fc forza a..smoga maju jaya team..hidup fc forza..majulh sukan utk negara ahaha

22 Feb 2009

JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN KEDUA KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN KBU FEBRUARI 2009

KBFK
VS
STAFF UBD


HMMM UNITED
VS
CIS FT

DRAGON BALL 'B'
VS
M1"MANA C.MUNI?"

KAMI BAJU BARU
VS
CEGU-CEGU SAYBE

APA
VS
FOS FC

FC FORZA 'A'
VS
TOM TOM GAP FC

MAIN UNTUK SIJIL
VS
KAMI MAHU COP

M1 " MANA C.JIMMY"
VS
BAH MAIN TAH



P/S : PERLAWANAN AKAN BERLANGSUNG DI KOMPLEKS UBD PADA PUKUL 7.30 MALAM.BERSAMA-SAMALAH MENYOKONG TEAM FC FORZA "A'

MILIK SIAPAKAH BAJU ANI?


Kepada sesiapa yang kehilangan baju team baru seperti gambar di atas, bulehlah mengambil dibilik urusetia fc forza,awang mikie di hostel m3 bilik 47 (awang mikie jersi 88 plang tu). Baju ani dijumpai dsimpang 3 ampir simpang kompleks ubd. Mybe baju ani sengaja dihumban tapi lupa mengambil balik,mybe jua tegugur, na tau la a,bagi sEsiapa yang ada teori baru macamana buleh baju ni hilang,sila komen,mun nada na payah,hee..

16 Feb 2009

ANJURAN FUTSAL AKAN BERMULA!!!

Anjuran Futsal yang di anjurkan oleh Kelab Bolasepak UBD (KBU) akan bermula pada malam ini. FC Forza telah menghantar 3 buah pasukan untuk mewakili Team Fc Forza di Anjuran tersebut. pasukan-pasukan yang di sebutkan itu ialah Forza Santai , FC Forza 'B' dan Fc Forza 'A'. Forza Santai akan memulakan perlawanan mereka pada malam ini , Fc Forza 'B' pada esuk malam iaitu hari selasa dan Fc Forza 'A' pada hari rabu malam. Di minta kepada penyokong-penyokong Fc Forza(adakah?haha) untuk datang beramai-ramai menyaksikan dan menyokong Pasukan-pasukan Fc Forza yang bertanding.Selamat Maju Jaya Team...santai ja.haha


Pemain-pemain Forza Santai : Fauzi , Amil , Nik, Boy , Dudez, kalid , Yamin
Pemain-pemain Fc Forza ' B' : Ez8 , Rahim , Ben , Naj ,Hafiz , Alinoor , Wali dan Lukman
Pemain-Pemain Fc Forza 'A' : Mikie, Mansyor , Kayul , Aris , Beron dan 2 org pemain baru yang diserapi ke pasukan Fc Forza

15 Feb 2009

GROUP STAGE KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN KBU FEBRUARI 2009

GROUP A : PJ Gengster , Bukan Team kami , BSUPUK , Saybe united , Mus

GROUP B : PJ Tahun 1 , Kami Mahu Cop , M1 " mana c.moni?" , Forza Santai , Kurokaze

GROUP C : Adqin , Paci Fc , M1 " mana c.jimmy?" , Dragon Ball "B' , FC Forza ' B'.

GROUP D : Kami Baju Baru , Dragon Ball 'A' , Tom Tom Gap fc, Staf UBD , Boy8

GROUP E : APA , Apollo , Fos Fc Barca Ft

GROUP F : Rakis Fc , Squas Geng , Bah Main Tah , Fc Forza 'A' , CIS FT , Yapong.

10 Feb 2009

FC FORZA MEMBELI JERSI BARU UNTUK PASUKAN

Jersi Pasukan di atas adalah bakal di jadikan Jersi pasukan Fc Forza. Kepada pemain-pemain yang ingin memiliki jersi baju ini supaya akan dapat membayar dua puluh ringgit Brunei tunai kepada Awang Mikie.

4 Feb 2009

KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN KBU 2009

Pada 16hb Februari 2009 nanti, Insya Allah kejohanan Futsal anjuran kelab bolasepak UBD akan di adakan. kejohanan tersebut akan berlangsung di Dewan Komplex sukan UBD. Borang penyertaan dan wang pembayaran sebanyak $80.00 hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 12hb Februari 2009 hari khamis. Setiap penyertaan yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Di kejohanan ini,pasukan Fc Forza insya Allah akan menyertai dan menyenaraikan beberapa pemain untuk menjadi wakil pasukan Fc Forza. Diharap pemain-pemain dapat membuat persembahan terbaik dan menghiburkan penonton. kepada pemain-pemain yang belum ada stamina masih ada peluang untuk meningkatkan stamina sebelum tarikh kejohanan menjelang.

Good Luck Team

KEMENANGAN PERTAMA DI PERLAWANAN PERSAHABATAN PERTAMA FC FORZA DI TAHUN 2009

Pada 2hb Februari yang telah lalu , pasukan Fc Forza telah mengadakan perlawanan persahabatan nya yang pertama di tahun ini menentang pasukan Unnisa tahun 1 di padang B komplex sukan UBD.


Pasukan Fc Forza telah dibarisi oleh Rifaie, Atailah , Saiful Arisal , Rahim , Mikie , Izzat , Zaim , Munk , Sawir , Mansyor, Dude ,Hafiz ,kayul, Wali , Ben , Nurul Salehin dan Beron.


Perlawanan tersebut telah di menangi oleh pasukan Fc Forza dengan jaringan 5-0. Gol-gol jaringan telah dijaringkan oleh Abdul Mansyor ,Munk ,Saiful Arisal , Beron dan Ben.




MEETING UNTUK MENGADAKAN PERSATUAN HADRAH , TAUSYEH DAN DIKIR

Pada 1hb Februari 2009 yang telah lalu sebahagian pemain-pemain Fc Forza telah menghadiri meeting untuk menubuhkan satu pertubuhan 3 in 1(Hadrah , tausyeh dan Dikir). Perkara ini dibincangkan bertujuan adalah sebagai salah satu cara untuk mengumpulkan sahabat-handai, mengekalkan permainan hadrah,tausyeh dan dikir sebagai warisan budaya, mengatur dan mentadbir lagi sistem penerimaan undangan persembahan hadrah, dikir atau tausyeh dan lain-lain lagi.

Perbincangan tersebut dimulai dengan bacaan surah Alfatihah oleh Imam munk seterusnya di selajurkan dengan sarapan sebelum mengadakan perbincangan. Bagi pembuka kata, Tuan Busyra iaitu pengerusi meeting tersebut telah memberitahu maksud tujuan penubuhan persatuan tersebut dan mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi sehingga membuat keputusan untuk menubuhkan persatuan ini.

Setelah itu , pemilihan Jawatan-jawatan untuk pertubuhan ini dipilih dengan membuat pemilihan ramai bagi siapa yang layak untuk menjawat jawatan tersebut. Jawatan-jawatan yang di cadangkan semasa perbincangan tersebut ialah Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Perhubungan ,Ketua Dikir ,Ketua Hadrah dan Ketua Dikir.

Perbincangan yang terakhir ialah mengenai nama persatuan tersebut.walau bagaimanapun nama bagi persatuan ini masih belum lagi diputuskan kerana ada sebab-sebab tertentu. Insya Allah akan diputuskan di meeting kali kedua nanti.


16 Jan 2009

ADAKAH PASUKAN FC FORZA AKAN TERLIBAT DI KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN KELAB B.O.W ?

Lambak Kanan , Jumaat -Kelab Futsal "Best Of The World" (B.O.W.) akan mengadakan Kejohanan Futsal B.O.W. Ke-9 pada Februari ini di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Lapangan Terbang Lama, Berakas.
Kejohanan pada 6, 7, 8, 13, 14 dan 15 Februari 2009 itu adalah dibukakan kepada semua pasukan futsal di negara ini yang berminat sama ada yang sedia ada ataupun yang baru ditubuhkan. Tarikh tutup penerimaan penyertaan ialah sebelum tengah malam Isnin 2 Februari 2009.

yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah Fc Forza akan melibatkan diri di kejohanan tersebut?sama-samalah kita nantikan. Maju sukan untuk diri-sendiri apa lagi negara.

SEMSTER BARU KINI BERMULA

Lambak Kanan , Jumaat 16hb Januari 2009- Pada 12hb Januari yang telah lalu mahasiswa-mahasiswa UBD telah memulai kuliah dan pelajaran bagi semester baru ini. Tidak ketinggalan juga pemain-pemain Fc Forza yang belajar di UBD. Cuma di hari pertama mereka, tidak ada kuliah yang perlu mereka hadiri. Untuk tidak melepaskan peluang, mereka berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar mereka di semester baru ini untuk menguruskan jadual kuliah mingguan mereka di sepanjang semester ini.

Alhamdulillah , kesulitan dan kesusahan sepanjang urusan jadual mereka dapat diatasi walaupun ada pelajaran yang masih belum lagi di putuskan waktunya.Semoga dapat menyusun dengan baik dan teratur serta belajar dengan selesa .

Good Luck Team, semoga berjaya dalam pelajaran.amin