4 Feb 2009

MEETING UNTUK MENGADAKAN PERSATUAN HADRAH , TAUSYEH DAN DIKIR

Pada 1hb Februari 2009 yang telah lalu sebahagian pemain-pemain Fc Forza telah menghadiri meeting untuk menubuhkan satu pertubuhan 3 in 1(Hadrah , tausyeh dan Dikir). Perkara ini dibincangkan bertujuan adalah sebagai salah satu cara untuk mengumpulkan sahabat-handai, mengekalkan permainan hadrah,tausyeh dan dikir sebagai warisan budaya, mengatur dan mentadbir lagi sistem penerimaan undangan persembahan hadrah, dikir atau tausyeh dan lain-lain lagi.

Perbincangan tersebut dimulai dengan bacaan surah Alfatihah oleh Imam munk seterusnya di selajurkan dengan sarapan sebelum mengadakan perbincangan. Bagi pembuka kata, Tuan Busyra iaitu pengerusi meeting tersebut telah memberitahu maksud tujuan penubuhan persatuan tersebut dan mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi sehingga membuat keputusan untuk menubuhkan persatuan ini.

Setelah itu , pemilihan Jawatan-jawatan untuk pertubuhan ini dipilih dengan membuat pemilihan ramai bagi siapa yang layak untuk menjawat jawatan tersebut. Jawatan-jawatan yang di cadangkan semasa perbincangan tersebut ialah Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Perhubungan ,Ketua Dikir ,Ketua Hadrah dan Ketua Dikir.

Perbincangan yang terakhir ialah mengenai nama persatuan tersebut.walau bagaimanapun nama bagi persatuan ini masih belum lagi diputuskan kerana ada sebab-sebab tertentu. Insya Allah akan diputuskan di meeting kali kedua nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan