28 Feb 2009

FC Forza "A" Ke Final

FC Forza "A"

Pada hari rabu yang lepas perlawanan separuh akhir dan suku akhir telah dilangsungkan.semua perlawanan berlangsung di kompleks sukan UBD. Di perlawanan itu pasukan Fc Forza "A" telah memenangi perlawanan dan berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Di peringkat separuh akhir Fc Forza "A" memenangi perlawanan dengan menewaskan pasukan M1 " Mana C.Jimmy?" dengan berkeputusan 1-0. Gol Sulung itu di jaringi oleh pak manager Awang mikie dengan membuat sepakan jauh dari tengah.

Selepas itu pasukan Fc Forza"A" menentang pasukan Kami Baju Baru di peringkat suku akhir. Perlawanan itu berkesudahan dengan keputusan 3-0. Gol-gol itu di jaringi oleh Saiful Arisal , Beron dan jaringan sendiri oleh Pijan dari pasukan kami baju baru.

Dengan keputusan itu Fc Forza "A" berjaya melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada malam ini . Mereka akan menentang pasukan KBFK dari KUPUSB yang telah menewaskan pasukan APA yang pernah memenangi pertandingan Futsal anjuran KBU 2 kali berturut-turut di pertandingan lepas dengan berkeputusan 2-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan