6 Jan 2009

PEMAIN-PEMAIN FC FORZA DI REUNION 2009 INTAKE 1997

1..2......3...




Usaha geng.beat the unbeatable.haha


Juara tarik kalat.huhu


Detik-detik kemenangan.manang diam saja.haha


Senyuman seorang pesilat.haha



"Unggas berterbangan disekeliling pantai"


Lambak, 8hb Januari 2009-Pada 4hb Januari 2009 yang telah lalu diadakan satu aktiviti yang bernama " Reunion". Reunion yang diadakan setiap tahun ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan kawan-kawan lama yang bersama-sama belajar di sekolah arab dari tahun 1997 di aktiviti ini supaya tidak lost contact nya orang putih. Aktiviti kali ini bertempat di Pantai Seri Kenangan di Daerah Tutong.

Aktiviti ini di diselenggarakan oleh sebahagian pemain Fc Forza.mereka menyusun dan mengatur aktiviti ini supaya ianya berjalan lancar seperti mana ianya diharapkan. Di sebabkan hujan disana sini dan hal-hal yang berlaku sehingga menyebabkan sebahagian teman-teman akhir datang dan terpaksa pihak jawatankuasa menunda jadual yang sepatutnya bermula pada pukul 8 pada pukul 10.30 pagi. Untuk tidak membuang waktu teman-teman yang telah datang Pelatih Kayul telah mengadakan sesi senamrobik yang belum pernah dibuat oleh pelatih-pelatih profesional di dunia ini sehingga menyebabkan teman-teman terhibur dan bersemangat. Di Samping itu Chef Rafiqi yang tahu tugasnya sebagai Chef di aktiviti itu tanpa membuang masa menyalai ayam dan sausagge yang disediakan di aktiviti itu.
Tepat jam 10.30 pagi aktiviti ini pun bermula yang mana dimulai dengan bacaan AlFatihah yang diketuai oleh Imam Ahmad Busyra.kemudian taklimat-taklimat tentang aktiviti ini di bentangi oleh Tuan Pengerusi Ashri@ben dan terus membahagikan teman-teman beberapa kumpulan kepada empat kumpulan . Teman-teman ini dibahagikan kepada 4 kumpulan kerana ada games yang di atur di aktiviti kali ini. Game-game itu ialah Amazing Race yang di selenggarakan oleh Leftenan Rahim,Imam Ahmad Busyra, Pelatih Kayul dan tuan pengerusi Ben, Perlawanan Bola Pantai yang di selanggarakan oleh Refree Amit Dan manager Mang dan aktiviti last sekali iaitu Pertandingan tarik kalat yang diselanggarakan oleh Chef Rafiki dan teman-teman dari RAfiki' gym.

Pemenang-pemenang bagi games yang disebutkan tadi akan diberikan dan disampaikan hadiahnya yang sangat istemewa yang ditaja oleh Tuan Haji Mup.
Diatas adalah sebahagian gambar-gambar semasa reunion itu dijalankan.kepada sesiapa yang ingin melihat gambar-gambar yang selebihnya sila lawati asrama M3 di bilik 47 nanti.hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan