2 Jan 2009

AKTIVITI PERTAMA PEMAIN FC FORZA DI TAHUN 2009



Selain bolasepak sebagai kegemaran bagi pemain Fc Forza, ada sebahagian dari pemain yang mempunyai kegemaran memukul hadrah dan berdikir. mereka sangat mahir dalam kemahiran ini sehingga ada yang mengorder mereka untuk mempersembahkan hadrah di perkahwinan salah seorang keluarga mereka dan berdikir untuk berbedak, majlis turun haji , pindah rumah dan lain-lain. Dengan kegemaran ini, dapatlah sebahagian dari kalangan pemain mengisi masa lapang mereka dan paling terutama sekali dapat mengisi wang saku untuk kehidupan. memukul hadrah dan berdikir juga dikatakan periuk nasi bagisebahagian pemain Fc Forza.

kelmaren 1hb Januari di sebelah pagi , ada dalam 7 pemain Fc Forza telah mempersembahkan pukulan hadrah mereka di majlis perkahwninan yang di adakan di kampung Sangai-sangai. pemain-pemain tersebut ialah Mikie,Busyra,Guil ,Fauzi ,Hamid , Mang dan G.nazir. mereka telah di order bersama abg c.busyra dan kwn2nya dan dikalangan dayat dan kwn2nya.mereka semua berjumlah 19 orang. mereka mempersembahkan pukulan hadrah mereka untuk menghiburkan para jemputan.Alhamdulillah kebanyakkan dari jemputan terasa terhibur sehingga majlis persandingan di Dewan Kemasyaraktan Jerudong juga terasa terhibur. Dengan persembahan tersebut mereka memperolehi $250 satu pasukan dan $13 dibahagikan setiap seorang.

Manakala di sebelah malam pula Busyra ,Mikie, Guil dan Fauzi telah datang bersama HJ matzain & the gang untuk berdikir di majlis malam berbedak di kg Anggerek di jalan belakang Teguh Raya Serusop. mereka dengan penat dan berteriak mengeluarkan suara-suara sumbang(huhu) berdikir sehingga selesai acara itu.

Memukul Hadrah dan berdikir adalah aktiviti pembuka tirai tahun 2009 bagi sebahagian pemain Fc Forza. mungkin selepas ini banyak lagi aktiviti yang mereka hendak lakukan dan mereka hendak rancangkan . Tunggu dan tengoklah dengan penantian yang sabar.hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan